Friday, 19 September 2014

Evolusi keusahawanan

            1. Pada zaman permulaan         

Bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang.

            2. Pada zaman pertengahan      

Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut dengan menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.

           3. Abad ke 17     

Terdapat hubungan di antara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillon mengutarakan teori awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur. Pada pandangan beliau, usahawan merupakan penerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.

            4Abad ke 18     

Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal.

            5. .Abad ke 19 dan 20     

Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

           6Abad ke 21     


Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts. 

No comments:

Post a Comment